Selamat Datang
Nikmatilah lelaman ini
YYYYY
Tuesday, July 8, 2008
Makanan kegemaran saya
Makanan kegemaran saya ialah lauk Asam Pedas.
Mengapakah saya suka Asam Pedas? Saya suka makan Asam Pedas kerana keluarga saya pun suka lauk Asam Pedas. Ibu dan nenek saya pandai memasak Asam Pedas. Saya paling suka sekali jika ikan yang dimasak bagi lauk Asam Pedas itu adalah ikan sembilang. Kalau saudara mara saya datang ke rumah saya sebagai satu keramaian, ibu saya akan memasak lauk Asam Pedas bagi santapan ramai kami sekeluarga. Asam Pedas itu boleh dikatakan 'lauk keluarga' saya. hehe
Saya juga suka memakan makanan Barat yang disediakan di pusat makanan segera. Sebagai contoh, kentang goreng dan burger. Saya memerhatikan ramai budak sekarang juga suka makan di pusat makanan segera seperti Mcdonalds. Makanan Barat yang biasanya disediakan di pusat makanan segera ini boleh menyebabkan saya bertambah gemuk dan berat. Disebabkan itu, makanan Barat menjadi pilihan kedua saya, berbanding lauk Asam Pedas yang menjadi pilihan utama saya.
6:08 AM
School[?]
TENTANG SAYA
Nama: Ahmad Hasif
Umur: 10 tahun
Sekolah: Sekolah Rendah Yumin
Tautan
Sekolah Rendah Yumin
Penghargaan
Codes, Layouts && Designs by
Sherly-Mae
.
Fonts available at
DaFonts
.
Bulan Bahasa
Archive
July 2008