Hari ini, saya akan menceritakan tentang binatang kegemaran saya.
Binatang kegemaran saya ialah kucing. Mengapakah saya suka kucing? Saya suka kucing kerana kucing comel, nakal dan sebagainya. Kucing sungguh comel sehingga saya sendiri mahu menjadi seekor kucing. Saya mahu menyimpan seekor kucing tetapi ibu saya tidak suka dengan kucing. Oleh itu, pada masa lapang, saya memberi kucing makanan di bawah blok saya. Kadang-kadang, ada kucing yang sungguh lapar. Mereka menghabiskan makanan itu dengan cepat dan ikut saya kerana inginkan lebih makanan. Apabila mereka sudah penat mengikut saya, mereka akan berhenti dan duduk sambil menjilat-jilat bulu mereka. Inilah gambar-gambar kucing yang diambil oleh saya.
Kucing ini sungguh rapat dengan saya. Tetapi dia sudah hilang. Saya sudah lama tidak nampak dia. Kasihan
Kucing ini pula suka ikut saya apabila saya pulang dari sekolah. Kadang-kadang hingga ke depan pintu rumah saya.Kucing ini sensitif. Dia sering jatuh sakit. Tetapi, apabila dia nampak saya dia akan sembuh.